Berita Terkini
Sumbangan Kewangan Untuk Membangunkan Tanah Perkuburan Islam Bukit Mahkota Dimaklumkan bahawa tapak perkuburan Bukit Mahkota telah dibangunkan di Seksyen 5 berhampiran sempadan Negeri Sembilan. Tapak perkuburan ini dikhaskan kepada semua penduduk-penduduk Bukit Mahkota.
Kerja-kerja awal telah dimulakan dengan meratakan tanah pada bulan Mei lepas. Anggaran kos untuk penyelenggaraan sebanyak RM65,000 iaitu untuk meratakan tanah, membina pagar serta wakaf. Sumbangan ikhlas daripada semua warga Bukit Mahkota adalah sangat diperlukan untuk merealisasikan pembangunan tanah perkuburan ini. Sumbangan boleh disalurkan kepada Surau Al-Raudhah di mana satu akaun khas akan diwujudkan untuk menyimpan semua wang sumbangan tersebut. Semoga sumbangan ikhlas ini akan mendapat keredaan dari Allah SWT hendaknya, insyaallah. Gambar-gambar semasa gotong royong membersihkan Surau Al-Raudhah pada 7 Jul 2013 lepasMesyuarat AJK Mahkota5 Mesyuarat AJK Mahkota5 telah diadakan pada 20 Jun 2013 di Surau Al-Raudahah bagi membincangkan maklumbalas Mesyuarat Agung Mahkota5 ke-5 yang lepas. Mesyuarat juga telah membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan bagi bulan Julai dan Ogos 2013. Satu gotong royong ambang Ramadhan telah dirancangkan pada 7 Julai 2013 bagi membersihkan Surau Al-Raudhah.
Minit Mesyuarat Agung ke-5 Mahkota5 untuk semakan semua ahli Mahkota5 disertakan. Terima kasih.
Info PolisTrend Jenayah Masa Kini: + Kejadian dimana suspek sengaja melanggar kereta mangsa dan berpura-pura keluar untuk membantu. Ketika itulah suspek merompak dan melarikan kereta mangsa dan seterusnya melakukan jenayah yang sama dengan menggunakan kereta yang sama. + Suspek dipercayai 4 orang lelaki berbangsa India dan Cina. + Masyarakat juga dinasihatkan agar menjaga keselamatan rumah masing-masing. Antara yang boleh diambil ialah dengan mengadakan kawalan sekuriti, memasang kunci tambahan, memasang grill dan memasang lampu dipersekitaran kediaman pada waktu malam. + Mewujudkan kesedaran kejiranan seperti mengenali jiran, mengambil dan menyimpan nombor telefon jiran serta mengetahui jenis kenderaan jiran. Sebarang Maklumat Sila Hubungi: Balai Polis Bangi : 03-89258222 Ketua Polis Balai Bangi : 013-3631080 (Sub. Insp Ramlan bin Din) |
AJK Mahkota5 2013 - 2014Jadual Aktiviti Muslimah Mahkota5
6 Jul 13 (10 pagi) - Tahlil dan Doa Selamat di Rumah Puan Zaleha Othman (Impian Putra)
6 Jul 13 (lepas Maghrib) - Sambutan Ambang Ramadhan di Surau Al-Raudhah Jadual Kuliah Maghrib Surau Al-Raudhah Sepanjang Bulan Ramadhan
9 Jul 13 - Ust Yusmi Haniff
10 Jul 13 - Ust Moh Sabir 11 Jul 13 - Ust Asshik 12 Jul 13 - Ust Dr. Al-Ikhsan 13 Jul 13 - Ust Awang Abdullah 14 Jul 13 - Ust Wan Ali Wan Yusof 15 Jul 13 - Ust Qomar 16 Jul 13 - Ust Nunshi Mahfodz 17 Jul 13 - Ust Dr. Fadzullah Shuib 18 Jul 13 - Ust Norazman 19 Jul 13 - Ust Sobri Mat 20 Jul 13 - Ust Fuad 21 Jul 13 - Ust Mohammad Nor 22 Jul 13 - Ust Zakaria 23 Jul 13 - Ust Yusmi Haniff 24 Jul 13 - Ust Abd Fataah Zakaria 25 Jul 13 - Ust Ramli Sidom 26 Jul 13 - Ust Dr. al-Ikhsan 27 Jul 13 - Ust Rosli Mokhtar 28 Jul 13 - Ust Mohd Haniff 29 Jul 13 - Ust Subki Repek 30 Jul 13 - Ust Nunshi Mahfudz 31 Jul 13 - Ust Hj Zahari 1 Ogos 13 - Ust Wan Hassan 2 Ogos 13 - Ust Shahrul Mokhtar 3 Ogos 13 - Ust Awang Abdullah 4 Ogos 13 - Ust Mohd Sabir 5 Ogos 13 - 6 Ogos 13 - Ust Yusmi Haniff 7 Ogos 13 - Ust Dr. Fadzullah Shuib Jadual Kuliah Subuh Surau Al Raudhah13 Jul 13 - Ust Mohd Hambali
14 Jul 13 - Ust Salehuddin Ahmad 20 Jul 13 - Ust Hj Khuzzaini 21 Jul 13 - Ust Subki Repek 28 Jul 13 - Ust Shafie Ngah 4 Ogos 13 - Ust Nunshi Mahfodz Borang Aduan/Cadangan Mahkota5
Semua warga Seksyen 5 Bukit Mahkota boleh membuat pengaduan rasmi berkaitan permasalahan atau memberi cadangan berkaitan kawasan perumahan boleh berbuat demikian dengan cara download borang aduan atau melengkapkan contact form di bawah. Ini akan membolehkan pihak AJK Mahkota5 mengambil tindakan susulan sewajarnya.
|