Gotong Royong Ambang RamadhanSurau Al-Raudhah bersama Persatuan Penduduk Mahkota5 akan mengadakan gotong royong bagi membersihkan dalaman surau dan kawasan sekitar surau sebelum Ramadhan ini. Semua warga Mahkota5 dimohon untuk bersama-sama melapangkan masa menghadirkan diri semasa gotong royong tersebut.
Tarikh : 7 Julai 2013 (Ahad) Masa : Mulai Jam 08.30 pagi Tempat : Surau Al-Raudhah Seksyen 5 Peralatan: Semua warga diminta membawa peralatan gotong royong seperti parang, sabit, cangkul, penyapu dan sebagainya Jamuan: Disediakan sebelum gotong royong. Warga Mahkota5 digalakkan membawa kuih-muih sebagai tambahan MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 5 BUKIT MAHKOTA KALI KE-5
Persatuan Penduduk Seksyen 5 Bukit Mahkota (Mahkota 5) kali ke-5 akan diadakan pada 31 Mac 2013 mulai jam 9.00 pagi bertempat di Surau Al-Raudhah. Semua warga Seksyen 5 diminta untuk hadir beramai-ramai demi bersama-sama menyumbang untuk kebaikan persatuan kita. Beberapa aktiviti sampingan telah dirancang iaitu penerangan berkaitan perkara-perkara keselamatan, pembinaan Masjid At-Taqwa, pembinaan Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota dan aktiviti-aktiviti lain. Jamuan Makan tengahari akan disediakan selepas mesyuarat.
Program Kayuhan Amal & Sihat Bandar Bukit Mahkota 2012 (KASIH MAHKOTA 2012)Anjuran : Pusat Komuniti Putra-Mahkota, PASTI AR-RAIHAN, MPP24, ADNS Bangi, JK Pembinaan Masjid At-Taqwa, surau-surau di Bdr BUkit Mahkota…
Tarikh : Ahad/16-12-2012 Masa : 7.00 pagi ~ 12.30 tgh Tempat Bermula : Surau Al-Muhajirin, Seksyen 3 Apa yang menarik… Jelajah ke surau-surau di Bdr Bukit Mahkota…Muhajirin-Aparment Nuri- tapak Masjid At-Taqwa – Ar-Raudhah – Al-Buhairah – Muhajirin. - Pengisian takzirah ringkas … - Kempen sihat … - Car boot sales…http://goodscycle.wordpress.com - T-shirt esklusif edisi terhad… - Tabung derma dana Masjid At-Taqwa…http://masjidat-taqwabukitmahkota.blogspot.com/ dan banyak lagi… Pendaftaran online: http://kayuh4amal.wordpress. com /daftar/ Maklumat lanjut : sila hubungi 019-2659372/019-3948784/019-2734120 Sila layari website khas untuk maklumat lanjut: http://kayuh4amal.wordpress.com Ikhlas daripada: JK Promosi & Pendaftaran, KASIH MAHKOTA 2012. Awal Muharram 1434
Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam. Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru. Hari pertama tahun baru ialah pada 1 Muharram dan juga dipanggil awal Muharram.
Permulaan kiraan kalendar Islam ialah pada tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekkah ke Madinah. Tahun berlaku peristiwa hijrah telah ditandakan sebagai tahun 1 atau tahun pertama kalendar Islam. Tetapi, peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram. Pengkaji sejarah yang masyhur mengatakan hijrah tersebut berlaku pada bulan Safar. Selamat menyambut tahun baru. Moga Allah memberkati kita. Qurban/Aqiqah Surau Al-Raudhah 1433H/2012
Dimaklumkan Surau Al-Raudhah akan menganjurkan Majlis Qurban/Aqiqah 1433H/2012 sempena sambutan Aidiladha ini. Harga setiap bahagian lembu yang ditetapkan adalah sebanyak RM400 sahaja termasuk urusan penyelenggaraan dan jamuan.
Borang permohonan terdapat di Surau Al-Raudhah dan tarikh akhir permohonan ditetapkan pada 20 Okt 2012. Untuk keterangan lanjut sila hubungi urusetia berikut: - En Mansor bin Shahid - 0133712587 - Hj Abd Salim bin Ahmed - 0122670918 - En Muhammad Zailan Zaini - 0193481298 MALAM MUHASABAH DIRI & MUNAJAT DI SURAU AL-RAUDHAH
Tarikh: 30 September 2012 Hari : Ahad / Masa bermula pukul 4.00 pagi- 7.30 pagi Tentatif : Solat Tasbih - solat Tahajjud -solat taubat- solat hajat doa - Zikir munajat - kuliah subuh & sarapan pagi. Akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Dr Fadzlullah Suib MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR. Datanglah bersama keluarga (suami& isteri serta anak-anak) DISINI KITA BERMULA...MENDEKATI KEREDHAAN Allah SWT.sila sebar dan kongsi maklumat ini untuk mendapat pahala sebagai penunjuk kepada jalan kebaikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Mahkota5
Persatuan Penduduk Seksyen 5 Bukit Mahkota bersama-sama dengan Surau Al-Raudhah akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Mahkota5 pada 9 September 2012 mulai jam 12.00 tgh sehingga 4.00 ptg di perkarangan Surau Al-Raudhah. Semua warga Seksyen 5 Bukit Mahkota beserta keluarga dijemput untuk bersama-sama meraikan majlis ini. Pelbagai juadah hari raya akan disediakan termasuk duit raya bagi kanak-kanak. Cadangan Kawalan Keselamatan Mahkota5 Sempena Cuti AidilfitriSempena menjelang aidilfitri yang bakal menjelang tiba, JK Biro Keselamatan & Kebajikan Persatuan Penduduk Seksyen 5 bercadang untuk mengadakan pelan kawalan keselamatan Mahkota5 sempena cuti Aidilfitri 2012M/1433H dengan kerjasama pihak berkuasa MPP Zon 24 ,RELA dan Polis. Objektif pelan ini adalah untuk meningkatkan keselamatan di Seksyen 5, Bdr Bukit Mahkota semasa cuti Aidilfitri disamping membentuk kerjasama diantara JK Mahkota5 dengan pihak berkuasa termasuklah RELA & pihak Polis.
Pihak PPS5BBM menerusi Biro Keselamatan dan Kebajikan ingin mendapatkan maklumbalas persetujuan semua warga Mahkota5 bagi cadangan tersebut. Maklumbalas ini amatlah mustahak untuk membantu pihak persatuan membiayai sukarelawan ataupun pengawal yang akan dilantik kelak bagi menjayakan pelan kawalan keselamatan ”Balik Raya Mahkota5” ini.Diharapkan anda dapat memberikan maklumbalas dengan kadar segera selewat-lewatnya sebelum 15/8/2012. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi: 1) Pengerusi,Sdr Zulkifli Ambak - 019-265 93 72 2) T.Pengerusi , Sdr Khairuddin Mohd Ali - 012-3705245 3) Setiausaha , Sdr Afizal Adit0 - 13-3977464 |
Kelebihan Hari Asyura - 10 Muharram
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim) Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim) Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim) Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim) Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. Jom puasa ! Car Boot Sale Bukit Mahkota
Alhamdullilah, program sulong car boot sales berhampiran tapak Masjid At-Taqwa Bukit Mahkota yang diadakan pada 30 Sep 2012 telah mendapat sambutan daripada penjual & pembeli. Terima kasih di atas sumbangan ikhlas ke dana masjid. Sejumlah Rm350 telah berjaya dikutip pada hari tersebut untuk dimasukkan ke dalam dana Masjid At-Taqwa. Untuk maklumat lanjut bolehlah layari website www.goodscycle.wordpress.com
Insya-allah, kalau ada sambutan bolehlah diusahakan lagi. Langkah-Langkah Pencegahan Demam Denggi
Baru-baru ini terdapat warga Seksyen 5 dihinggapi demam denggi. Beberapa langkah pencegahan boleh kita ambil untuk mengelakkan penyakit ini.
1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk. Bagi mengelakkan dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlu tahu tabiaat makan nyamuk dan menggunakan pakaian yang menutup bahagian tubuh badan untuk melindungi diri sendiri dari tempat-tempat yang berisiko tinggi pada siang hari kerana nyamuk aedes suka keluar awal pagi dan senja. 2. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Hapuskan tempat-tempat nyamuk aedes seperti tayar buruk dan bekas penyimpanan air. Selain itu kita perlu menukar air pasu bunga dan bekas minuman haiwan peliharaan kita untuk mengelakkan dari nyamuk membiak. 3. Hapuskan nyamuk aedes dewasa. Gunakan penyembur serengga untuk membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433/2012Pengerusi dan semua AJK Persatuan Penduduk Seksyen 5 Bukit Mahkota (Mahkota5) serta keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucap selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh warga Seksyen 5. Sama-samalah kita ikhlaskan hati di dalam menjalankan tanggungjawab memelihara kerukunan dan kesejahteraan masyarakat demi mencari keredaaan Allah SWT, insyallah.
Kempen Keselamatan Balek Raya Mahkota5Beberapa tip untuk mengurangkan kejadian pecah rumah seperti berikut: a) Pastikan pintu-pintu masuk rumah tidak terlalu gelap termasuk lorong-lorong belakang rumah. b) Pasang kunci tambahan/rantai di pintu utama. Ganti padlock tiruan/murah kepada yang baik. c) Pasang selak tambahan dibelakang pintu terutamanya di belakang sliding door. d) Pasang alarm atau letak sesuatu yang menyebabkan bunyi bising jika pintu dibuka secara paksa. e) Kenali jiran-jiran anda. Dapatkan Nombor HP jiran anda dan maklumkan jika meninggalkan rumah untuk tempoh masa lama. f) Jangan lupa berdoa untuk mendapatkan kesejahteraan. |
Aktiviti Mahkota5 Bagi Bulan Ramadhan 1433
|
Informasi Terkini Pembinaan Masjid At-Taqwa Bandar Bukit MahkotaTerlebih dahulu JK Pembinaan Masjid At-Taqwa ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam Ramadhan buat Muslimin dan Muslimat di mana jua berada semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas. Alhamdullilah, pada hari Khamis lepas, 19 Jul 2012 telah diadakan mesyuarat JK Pembinaan Masjid At-Taqwa Ke-12. Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting untuk rujukan bersama:
1) Kutipan terkini sehingga 30 Jun 2012 sebanyak RM152,496.00. 2) Memo untuk segerakan pembinaan masjid telah diserahkan kepada pihak JAIS untuk tindakan selanjutnya. Bersama-sama kita doakan agar peruntukan untuk membina masjid dapat disalurkan secepatnya. Pihak JAIS telah maklumkan untuk memberikan keutamaan kepada pembinaan masjid ini. Namun demikian, pihak JK Pembinaan Masjid digalakkan juga untuk mencari dana dan sumbangan bagi membina masjid ini. 3) Segala urusan berkaitan dengan Jabatan Tanah dan Galian telah pun selesai. 4) Pihak JAIS telah memberikan surat kebenaran untuk JK Pembinaan Masjid bagi mengadakan tapak gerai sementara. 5) Mesyuarat dimaklumkan berkaitan keuzuran Pengerusi iaitu Tuan Haji Khair bin Omar. Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh. 6) Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk membuat rombakan kecil JK Pembinaan Masjid seperti berikut: Penasihat 2 : Hj Khair bin Omar Pengerusi : Ustaz Hj Zahari bin Abdul Latif T/Pengerusi : Sdr Hj Mohamad Kamal bin Hj Jasit. T/pengerusi 2: Tiada AJK yang lain: kekal 7) Mesyuarat dimaklumkan laman web masjid telah lama tidak dikemaskinikan. Insya-allah, blog tersebut masih lagi beroperasi. Penerangan lebih kerap perlu dibuat selepas ini. Terkini daripada laman blog masjid at-taqwa: http://masjidat-taqwabukitmahkota.blogspot.com/ 2012/07/salam-ramadhan-al-mubarak-1433h.html Sekian. Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433H. Maaf Zahir dan Batin. Ikhlas, JK Penerangan, Pembinaan Masjid At-Taqwa, BdrBukit Mahkota. |
Mesyuarat AJK Mahkota5 Mesyuarat kedua AJK Persatuan Penduduk Seksyen 5 telah diadakan pada 12 Apr 2012 jam 9.30 malam di Surau Al-Raudah. Perkara-perkara yang dibincangkan adalah rancangan takwim aktiviti bagi tahun 2012, pengesahan pendaftaran serta urusan dengan pejabat pendaftaran pertubuhan dan hal-hal lain.
Beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang tahun 2012 dan boleh klik pages TAKWIM untuk keterangan lanjut. Persatuan Penduduk juga telah mengambil ketetapan beberapa program akan digabungkan dengan program Surau Al-Raudah dan Lajnah Muslimah. Perkara ini akan dibincangkan untuk mengenalpasti program-program yang akan dijayakan secara bersama. Perlembagaan Mahkota5 telah diluluskan pada 16 September 2005 dengan nombor pendaftaran 1677-05-7. Pihak ROS telah meminta supaya fail Mahkota5 dikemaskini kerana semenjak ditubuhkan sehingga sekarang tiada minit mesyuarat agong dan penyata perbelanjaan dikemukakan kepada mereka. Pihak AJK Mahkota5 telah berusaha mendapatkan dokumen berkaitan serta akan dimajukan kepada pihak ROS dalam masa terdekat. Pihak AJK juga dalam proses pembukaan akaun persatuan dengan pihak Bank CIMB Bangi. |
Program Lawatan ke Pondok Penyayang Raudah Lajnah Muslimah Seksyen 5 dengan bantuan Persatuan Penduduk Seksyen 5 akan membuat lawatan ke Pondok Penyayang Raudah, Jalan Pahang Lama, Gombak pada hari Ahad 29 April 2012. Sesiapa yang ingin turut serta dan menyumbang seikhlas hati dialu-alukan. Sumbangan wang ringgit akan dibeli keperluan barang makanan kering seperti beras, gula, tepung, susu, sardin dan sebagainya. Anggaran kos penyertaan dianggarkan sebanyak RM30 bagi kos sewa bas dan jamuan. Sila hubungi Ustazah Lasminah Saimun - 0132618446 untuk pendaftaran.
|